> Salam, hi guys salam aidilfitri to everyone and maaf zahir batin. ;) Kawww Tammm...

Jumaat, 2 September 2011

dari KL to Christchurch NZ

hai semua, masih dalam mood raya erk. bagus la, tradisi kunjung mengunjung memang amalan mulia. but jangan lupa study erk. ingat matlamat kita, 5A untuk UPSR 2011.
entry ni nak cite pasal percutian ke NZ tempoh hari. memang best sangat, penerbangan airasia X selama 10 jam ke kota Christchurch New Zealand. tiba di Christchurch International Airport, staff dari kiwibase camp dah datang jemput. suhu pulak sekitar 12C, memang sejuk sangat. paling best bila jejak kaki depan hostel, aku jejak ais (snow) yang memutih bak kapas. sejuk sangat. ermmm...pengalaman pertama aku, best sangat dapat main snow.
dinner aku pada hari pertama di christchurch sebiji roti dan segelas nescafe panas yang di bawa dari Malaysia. disebab kan perut kosong memang sedap sangat la. then aku keluar kejap ke supermarket untuk membeli makanan, ermm ape lagi buah kiwi la. memang manis sangat dan murah.
ini merupakan malam pertama di christchruch, memang mendebarkan sebab disini baru berlaku gempa bumi dan masih lagi berlaku gegaran kecil.banyak bangunan yang runtuh, malam disini umpama sebuah bandar mati dan menyeramkan. tapi aku ketepikan semua itu, yang penting jom kita main snow. ermmm, sangat mengujakan sebab memang real, kalu nak dibandingkan dengan snow buatan dekat genting highland. limpahan snow yang memutih umpama kapas yang terhampar di sebuah taman, sungguh cantik, subhanallah. after pusing2 sekitar bandar christchurch aku balik ke hostel, then masak mee segera and segelas air panas. then masa untuk tidur sebab esok akan bertolak ke Dunedin seawal jam 8am...zzzz...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan