> Salam, hi guys salam aidilfitri to everyone and maaf zahir batin. ;) Kawww Tammm...

Jumaat, 2 September 2011

dari KL to Christchurch NZ

hai semua, masih dalam mood raya erk. bagus la, tradisi kunjung mengunjung memang amalan mulia. but jangan lupa study erk. ingat matlamat kita, 5A untuk UPSR 2011.
entry ni nak cite pasal percutian ke NZ tempoh hari. memang best sangat, penerbangan airasia X selama 10 jam ke kota Christchurch New Zealand. tiba di Christchurch International Airport, staff dari kiwibase camp dah datang jemput. suhu pulak sekitar 12C, memang sejuk sangat. paling best bila jejak kaki depan hostel, aku jejak ais (snow) yang memutih bak kapas. sejuk sangat. ermmm...pengalaman pertama aku, best sangat dapat main snow.
dinner aku pada hari pertama di christchurch sebiji roti dan segelas nescafe panas yang di bawa dari Malaysia. disebab kan perut kosong memang sedap sangat la. then aku keluar kejap ke supermarket untuk membeli makanan, ermm ape lagi buah kiwi la. memang manis sangat dan murah.
ini merupakan malam pertama di christchruch, memang mendebarkan sebab disini baru berlaku gempa bumi dan masih lagi berlaku gegaran kecil.banyak bangunan yang runtuh, malam disini umpama sebuah bandar mati dan menyeramkan. tapi aku ketepikan semua itu, yang penting jom kita main snow. ermmm, sangat mengujakan sebab memang real, kalu nak dibandingkan dengan snow buatan dekat genting highland. limpahan snow yang memutih umpama kapas yang terhampar di sebuah taman, sungguh cantik, subhanallah. after pusing2 sekitar bandar christchurch aku balik ke hostel, then masak mee segera and segelas air panas. then masa untuk tidur sebab esok akan bertolak ke Dunedin seawal jam 8am...zzzz...


Khamis, 1 September 2011

winter at new zealand

memang menakjubkan, sgt cantik dan teruja bila menikmati keindahan musim sejuk di new zealand. nak kongsi bersama kawan2 semua.


spring at amsterdam

just nak kongsi dengan semua beberapa gambar di amsterdam
ketika musim bunga 2011...

sakit perut

ermmm..ari ni agak meletihkan sebab tak berapa sihat. tetiba sakit perut pulak. ye la time raya cam ni mcm2 plak nak makan.tu yang sakit perut. hope esok dah sihat.

Rabu, 31 Ogos 2011

yeh, dah masuk syawal ketiga

buat semua jangan la leka sangat, UPSR dah nak dekat, ermm jom kita buat latihan sambil berkunjung saudara mara dan kawan-kawan. ingat matlamat kita skor 5 A ye...insyallah.

selamat menyambut hari kemerdekaan

Ape erti kemerdekaan utk anda semua?bagi sy membawa erti kebebasan.ape jua erti yg korang semua bg,kita kena hargai kemerdekaan negara kita.sayangi negera kita yer.

nasi beriani india

Wah menu hari raya kedua.ermm,lazat sgt.import from india,memang simple and mudah disediakan.cuma perlukan beras basmati,rempah shan,ayam,yougart.nasi yg dimasak dilapis dengan ayam yg dimasak.ermmm.best nyer.jom try.